10,000 Dijangka Hadir Ke Himpunan Perdana Rakyat Bersama Anwar Ibrahim

Politics
2 Aug 2024 • 3:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kira-kira 10,000 orang dijangka menghadiri Himpunan Perdana Rakyat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada Ahad ni.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, ia dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-25 KEADILAN Sabah selain menzahirkan sokongan rakyat negeri tersebut kepada kepimpinan Perdana Menteri menerajui Malaysia MADANI.

10,000 dijangka dadir ke Himpunan Perdana Rakyat

image is not available

“Himpunan tersebut juga bakal dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan pemimpin parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Antara program pengisian yang disediakan adalah persembahan artis Elica Paujin dan Mad Sabah, Forum Madani Rakyat, Sesi Pidato Rakyat, Pidato Pimpinan KEADILAN dan kemuncak program iaitu Pidato Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

image is not available

Untuk mengelakkan sebarang kesesakan, orang ramai dinasihatkan supaya hadir lebih awal bermula jam 8 pagi.