
KIRA-KIRA 10,000 penonton membanjiri Konsert Gagar Merdeka Keehoi (GMK) yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, hujung minggu lalu.
Tidak hanya dipenuhi oleh warga bandaraya, konsert anjuran Kerajaan Negeri Sabah itu turut menarik pelancong-pelancong luar untuk menyaksikan lapan artis membuat persembahan.
Konsert GMK, yang juga disiarkan secara langsung menerusi siaran SABAHfm, membariskan artis tempatan Sabah dan arus perdana iaitu Ernie Zakri, Hael Husaini, Ezad Lazim, Eylia Guntabid, Elica Paujin, Den Bisa, Rosario dan Rey Kimara.
Setiap artis masing-masing mendendangkan antara dua hingga tiga lagu pada konsert yang bermula jam 8 malam sehingga jam 10 malam itu.


