10,150 benih ikan siakap dilepaskan ke Sungai Kinabenuwa sejak 2021

13 Oct 2023 • 3:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LABUAN: Jabatan Perikanan Labuan melepaskan 2,300 benih ikan siakap ke dalam sungai bakau Kinabenuwa di sini, hari ini.

Ini merupakan kali kedua benih ikan itu dilepaskan ke sungai sama tahun ini, selepas 2,850 benih ikan siakap dilepaskan bulan Jun lepas.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili berkata ia menjadikan jumlah benih ikan siakap yang dilepaskan di sungai itu telah menjangkau kepada 10,150 sejak inisiatif berkenaan dimulakan pada tahun 2021.

Beliau berkata inisiatif itu bukan sahaja bermanfaat untuk alam sekitar di kawasan berkenaan, tetapi juga penting untuk kelangsungan mata pencarian nelayan tempatan.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen jabatan untuk meningkatkan pelbagai hasil tangkapan nelayan tempatan kita,” katanya.

Selain menyokong industri perikanan tempatan, pelepasan benih ikan siakap ke dalam sungai Kinabenuwa berfungsi memperkaya ekosistem di kawasan itu. -Bernama