10,681 calon tidak duduki SPM 2021

Politics
16 Jun 2022 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberitahu bahawa sebanyak 10,681 calon tidak menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021, daripada 407,097 calon yang berdaftar.

LP dalam satu kenyataan berkata, jumlah calon yang tidak hadir itu merangkumi 9,037 calon atau 2.30 peratus terdiri daripada mereka yang mendaftar di sekolah bawah KPM, sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah negeri, sekolah swasta dan sekolah menengah agama rakyat.

“Seramai 1,644 orang atau 0.42 pula adalah calon persendirian. LP berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkenaan jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan SPM 2021,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Bagi tujuan analisis keputusan peperiksaan SPM 2021, LP berkata, hanya 392,837 calon berdaftar yang diambil kira.

Menurutnya, calon tersebut adalah mereka yang mendaftar kali pertama dan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

"Daripada jumlah berkenaan, seramai 382,156 orang atau 97.28 peratus adalah calon sekolah serta calon persendirian yang hadir menduduki peperiksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved