10 bayi, 17 OKU antara mangsa banjir di Bukit Changgang

26 Jun 2026 • 12:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 10 bayi, 17 OKU antara mangsa banjir di Bukit Changgang
Pasukan penyelamat melaksanakan pemantauan ketat di RTB Bukit Changgang, Kuala Langat yang dilanda banjir akibat ban yang terletak kira-kira 800 meter dari penempatan penduduk pecah pada Khamis. Foto: BOMBA SELANGOR

KUALA LANGAT - Seramai 10 bayi dan 17 orang kurang upaya (OKU) antara mangsa banjir di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang di sini.

Laporan setakat jam 9.30 pagi pada hari kedua, Jumaat bagaimanapun menunjukkan paras banjir menurun kira-kira 0.6 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kerja-kerja pemantauan di lokasi masih dijalankan.

Menurutnya, jumlah mangsa terkini seramai 546 orang iaitu 295 lelaki dan 251 perempuan terdiri daripada 250 keluarga.

"Lelaki dewasa seramai 241 orang, perempuan dewasa (166 orang), kanak-kanak lelaki (80 orang), kanak-kanak perempuan (76 orang), bayi lelaki (1 orang) dan bayi perempuan (9 orang), lelaki warga emas (12 orang), wanita warga emas (16 orang), orang kurang upaya (OKU) lelaki (13 orang) serta OKU perempuan (4 orang).

"Tiada mangsa cedera dilaporkan setakat ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, BBP KLIA dan BBP Dengkil dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.12 pagi kejadian banjir di Taman Langat Utama 2 RTB Bukit Changgang pada Khamis.

Kejadian akibat ban pecah itu menyebabkan banjir berkedalaman kira-kira 0.3 hingga 0.9 meter yang menjejaskan 32 buah rumah.

Mangsa yang terjejas telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang.

Susulan insiden itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan JPS Kuala Langat telah meninjau lokasi ban yang pecah bagi melihat keadaan sebenar di lapangan serta tindakan intervensi dan pemulihan yang sedang dilaksanakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved