10 fakta anak bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10, bijak, cantik, berjaya

Politics
21 Nov 2022 • 10:47 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PILIHAN Raya Umum ke-15 telah berlalu. Penentuan tentang tampuk kepimpinan negara termasuk jawatan Perdana Menteri ke-10 menjadi bualan ramai.

PRU15 baru-baru ini menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (PN) (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon bebas yang menang.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi banyak pada PRU15, memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti serta menamakan calon Perdana Menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang 21 November.

Siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-10? Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kedua-duanya mempunyai anak perempuan yang dikenali ramai.

SinarPlus kongsikan 10 fakta menarik mengenai anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) , Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cemerlang di dalam bidang masing-masing.

Najwa Mahiaddin

image is not available

 

1-Najwa Mahiaddin, 36, atau kini mahu dikenali sebagai Njwa adalah anak ketiga Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman.

2-Njwa adalah penyanyi dan penerbit rakaman yang merupakan graduan Berklee College of Music, Boston Amerika Syarikat.

image is not available

3-Mempunyai misi tersendiri dalam bidang muzik, Njwa membawakan genre muzik jazz dan R&B yang menjadi identitinya.

4-Sepanjang kerjaya, Njwa yang bersuara lunak mendapat pengiktirafan sebagai Artis Baru Terbaik.

5-Malah menerusi album pertama, Njwa menerima Anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.

Nurul Izzah

image is not available

1-Nurul Izzah merupakan anak sulung kepada pasangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

2-Diberi jolokan Puteri Reformasi, Nurul Izzah adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kepujian) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

3-Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dari Universiti Johns Hopkins, Washington, Amerika Syarikat.

image is not available

4-Aktif dalam politik tanah air, Nurul Izzah memenangi kerusi kawasan parlimen Lembah Pantai P121 dalam pilihan raya umum pada tahun 2008 dan 2013.

5-Pernah melepaskan kedudukan sebagai Naib Pengerusi PKR pada 17 Disember 2018 dan kembali menjawat semula jawatan itu pada 20 Julai 2022 Nurul Izzah baharu sahaja tewas di Parlimen P044 Permatang Pauh dalam PRU15.

Hebat dan berpendidikan, kedua-dua mereka mempunyai pencapaian hebat dalam bidang masing-masing.

Semoga kejayaan yang diraih wanita-wanita ini menjadi inspirasi kaum Hawa di Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi