10 finalis berentap rebut gelaran juara Templer's Got Talent 2026

LocalEntertainment
2 Jul 2026 • 9:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

10 finalis berentap rebut gelaran juara Templer's Got Talent 2026

SHAH ALAM, 2 JULAI: Seramai 10 finalis bakal berentap di pentas akhir pertandingan Templer's Got Talent 2026 bagi merebut gelaran juara dalam konsert kemuncak yang berlangsung di 168 Park Mall, Selayang Sabtu ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Anfaal Saari berkata program yang bermula jam 8 malam itu menghimpunkan peserta terbaik selepas berjaya melepasi sesi uji bakat yang disertai puluhan bakat tempatan.

"Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan persembahan akhir yang menampilkan pelbagai bakat termasuk nyanyian dan persembahan pentas daripada finalis," katanya menerusi kenyataan Facebook.

Beliau memaklumkan konsert akhir itu bukan sahaja menjadi medan penentu juara Templer's Got Talent 2026, malah bertujuan mengetengahkan bakat anak-anak tempatan kepada masyarakat.

Program berkenaan dijangka menjadi tumpuan pengunjung dan orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan bagi membakar semangat finalis pilihan masing-masing.

Pada masa sama, Anfaal memaklumkan juara pertandingan akan diumumkan sejurus tamat persembahan pada malam berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved