10 Gempa Bumi Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah Di Asia Tenggara

Environment
9 Jun 2026 • 11:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

10 Gempa Bumi Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah Di Asia Tenggara

10 Gempa Bumi Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah Di Asia Tenggara

Mungkin ada yang tengah sedap layan menghirup kopi, ada masih dibuai mimpi indah, tiba-tiba siling rumah bergegar dan lantai bawah kaki bergoncang kuat.

Itulah gempa bumi, bencana alam yang datang tanpa sebarang 'ketukan pintu'.

Berbeza dengan banjir atau ribut, yang boleh diramal melalui kaji cuaca, gempa bumi merupakan bencana di luar kendali manusia dan tak dapat dielakkan atau dihalang oleh teknologi manusia sekaya mana sekalipun.

'Kuasanya' mampu meruntuh satu-satu kawasan berkenaan, bahkan boleh membawa dinding air setinggi puluhan meter (tsunami) selepas kejadian.

Seperti gempa bumi yang melanda Mindanao, Filipina semalam, mengakibatkan kebanyakan bangunan runtuh akibat gegaran 7.8 magnitud.

Malah, amaran tsunami turut dikeluarkan, sehingga daerah sekitar negeri Sabah di Malaysia, ribuan kilometer dari lokasi kejadian.

Beberapa siri gempa bumi sederhana turut direkodkan selepas gempa kuat direkodkan.

Untuk pengetahuan, kedudukan sesetengah negara berada dalam jajaran Pacific Ring of Fire (Lingkaran Api Pasifik) menjadikannya 'hotspot' gempa bumi paling aktif di dunia.

Rentetan itu, mari kita singkap kembali sejarah hitam menerusi senarai 10 gempa bumi paling kuat dan dahsyat yang pernah menggoncang Asia Tenggara di bawah.

10 Gempa Bumi Paling Kuat Pernah Berlaku Di Asia Tenggara

Image from: 10 Gempa Bumi Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah Di Asia Tenggara
Gambar: Afp
  1. Gempa Bumi Sumatera, Indonesia, 2004 (Kekuatan 9.3 Magnitud) atau dikenali Tsunami Aceh

  2. Nias-Simeulue, Indonesia, 2005 (Kekuatan 8.6 Magnitud)

  • Selatan Sumatera, Indonesia, 2007 (Kekuatan 8.4 Magnitud)

  • Gempa Bumi Myanmar, 2025 (Kekuatan 8.2 Magnitud)

  • Gempa Bumi Mindanao, Filipina, 2026 (Kekuatan 7.8-8.2 Magnitud)

  • Jawa, Indonesia, 2006, (Kekuatan 7.8 Magnitud)

  • Mentawai, Indonesia, 2010 (Kekuatan 7.7 Magnitud)

  • Mindanao, Filipina, 2023 (Kekuatan 7.6 Magnitud)

  • Bangsamoro, Filipina, 2010 (Kekuatan 7.6/7.5/7.3 Magnitud)

  • Barat Sumatera, Indonesia, 2009 (Kekuatan 7.6 Magnitud)

  • Baca juga: