10 Hidden Gem Di Selama, Perak!

23 Dec 2022 • 6:01 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pe Kabor Semua? Kali ini Rileklah berpeluang sekali lagi hasil dari kerjasama bersama Tourism Malaysia untuk explore salah satu negeri yang boleh dikatakan lubuk untuk eco-tourism negara iaitu Perak! Dua lokasi yang bakal kita explore kali ini adalah Selama dan Gopeng!

Apa yang ada di Selama?

Selama adalah satu lokasi yang memang kaya dengan keindahan flora dan fauna. Persekitaran yang memang nyaman dan dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Kalau tanya saya, Selama adalah the perfect getaway untuk anda yang dah bosan dengan kehidupan bandar.

Apa yang menanti anda di Selama? Ada 7 lata Air Terjun yang cukup indah dan memukau:

  • Lata Buluh, Kampung Sungai Simpul
  • Lata Damak, Sungai Bayor
  • Lata Rambong, Telok Mas
  • Lata Tebing Tinggi, Rantau Panjang
  • Lata Titi Dua, Jalan Sumpitan, Ijok
  • Lata Puteh, Ijok
  • Lata Panggung, Ijok

Kami berpeluang untuk singgah ke tiga lata. Pertama, adalah Lata Titi Dua!

image is not available

Permandangan yang disajikan memang cukup cantik dan wow! Tak perlu terbang jauh ke luar negara, Lata Tebing Tinggi dah cukup memukau! Boleh lah anda bergambar berlatarbelakangkan air terjun! Tak lengkap kalau tak selfie!

White Water Rafting Di Lata Rambung

image is not availableLata Rambung antara lata yang menjadi tumpuan untuk penggemar aktiviti air lasak! Di sinilah korang boleh cuba cabar diri dan rasai deruan adrenalin dengan bermain water rafting! Aktiviti wajib cuba jika ke Selama!

image is not available

image is not available

image is not available

Terdapat beberapa level atau darjah kesukaran, pilih ikut kemampuan diri! Jaraknya pulak sejauh 4km dan tempoh berada di dalam sungai adalah selama 2 jam. Yang bestnya hanya berharga RM130 per pax termasuk :

  • makan
  • pengangkutan (naik 4x4)
  • semua kelengkapan keselamatan dan peralatan rafting
  • guide dan juga insuran!

Banyak lagi aktiviti lasak yang menarik di Selama selain dari water rafting tau, antaranya bermain atv, hiking dan jungle trekking.

Untuk maklumat lanjut hubungi 01163015026 (Idrus) / Selama Rafting (Facebook)

Port berkelah sempurna, Lata Tebing Tinggi

image is not availableTempat perkelahan ini sering menjadi tumpuan ramai sama ada penduduk tempatan atau pengunjung pada hujung minggu. Para pengunjung pasti akan terpesona dengan pemandangan alam sekeliling yang hijau,air terjun yang jernih dan sejuk. Antara kemudahan yang disediakan di sini

  • tandas
  • bilik persalinan
  • gerai makanan
  • tempat berehat/makan
  • surau
  • tempat letak kenderaan yang luas

image is not available

Nak bermalam di tepi sungai, boleh menginap di D'Lata Chalet. Memang antara chalet yang comel lagi colourful Nak layan kesejukan air terjun dan udara hutan lipur yang segar, sinilah tempatnya. Bukak je pintu bilik, terus nampak air terjun Lata Tebing Tinggi.

Untuk tempahan tekan link wa.me/60175494071

Galeri Keris Pak Din Komando

image is not availableDi sinilah kami didedahkan dengan seni hasil tangan penghasilan keris yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan juga antara seni yang semakin dilupakan.

image is not available

Seni pembuatan keris dan sarung ini diusahakan oleh Encik Abdul Wahab Bin Hassan atau dikenali sebagai Pak Din Komando. Galeri ini terletak di Kampung Bagan Baru, Selama. Pak Din mempunyai lebih 100 koleksi keris yang dipamerkan di galerinya.

Memancing udang sambil menikmati mee udang galah air gunung segar

image is not available

Tarikan untuk kaki pancing pun ada! Korang boleh cuba pancing udang galah dari kolam air gunung! Taknak memancing? istimewanya udang galah di sini adalah kerana sepitnya bewarna biru.

Selain itu, anda boleh cuba mee udang antara hidangan istimewa penduduk yang berada betul-betul bersebelahan kolam udang galah ini. Makan mee udang dengan view yang best macam ni, memang buat kami rindu dengan Selama!

image is not available

Bermalam di Selama Inn

Nak explore semua tarikan yang ada di Selama ni, satu malam memang tak cukup. Tak perlu pening kepala, korang boleh bermalam di Selama Inn. Harga memang berbaloi dengan bilik yang cukup selesa dan lengkap dengan air-cond!

image is not available

image is not available

Ada tiga jenis bilik tersedia:

(a) 18 Bilik Biasa - RM90 satu malam

(b) 4 Bilik Chalet - RM135 satu malam

(c) 1 Bilik VIP - RM180 satu malam

Untuk tempahan, boleh hubungi: 011-1070 4960

Belajar Memanah Di Laman Sunnah APS

image is not availableAntara tempat wajib singgah di Selama, salah satu ikon pelancongan sukan. Lapang sasar atau sekarang dikenali sebagai Laman Sunnah APS ini direka untuk mencabar fizikal pemanah di samping berpeluang merasai aktiviti baling kapak.

image is not available

image is not available

Selain dari memanah, anda juga boleh berkuda dan juga berenang! Memang syok habis!

image is not available

Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi 019-9390 409

Bergambar Di Lorong Kenangan

image is not availableLorong Kenangan” atau street art yang terdapat di pekan Selama memang cukup unik. Lorong ini dihiasi dengan mural kenangan zaman-zaman dulu dimana zaman live band,bas the blue ribbon (yang popular sekitar selama masa dahulu). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ber-ootd!

image is not available

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ber-ootd!

image is not available

Singgah Dua Peninggalan Sejarah

image is not availablePertama, kita singgah Sungai Atas Sungai! Nama je dah unik kan? Sungai Atas Sungai merupakan terusan air yang dilencongkan daripada Sungai Ijok dan merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya. Sebuah jambatan dibina pada tahun 1936 merentasi terusan tersebut dan masih utuh sehingga kini.

image is not available

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di jambatan biru ikonik ini!

Peninggalan sejarah kedua, Telaga Gergasi! Saiz telaga yang besar sedalam kira-kira 18 meter itu pastinya bersesuaian dengan panggilannya ‘telaga gergasi’ apabila anda melihatnya rakus ‘menelan’ air dari Sungai Ijok.image is not available

Ini adalah peninggalan teknologi British yang dibina itu pada asalnya berfungsi untuk memindahkan hasil bijih timah melalui sungai, namun ciri mo­den binaan tersebut secara tidak langsung dapat mengelak hakisan tanah daripada termendap di Tasik Bukit Merah setelah dibawa aliran air.

image is not available