10 Jenis ‘Doorgift’ Murah Untuk Majlis Kahwin, Boleh Beli Dekat Shopee Je!

26 Oct 2022 • 6:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang kita semua tahu, majlis zaman dahulu berbeza dengan majlis zaman sekarang dimana para tetamu yang hadir diberikan cenderamata atau doorgift berbentuk bunga telur atau telur rebus sahaja.

Lain pula dengan majlis zaman sekarang dimana idea doorgift majlis perkahwinan yang diberikan kepada tetamu kini lebih kreatif, unik, dan menarik.

Malah, berbagai jenis doorgift majlis perkahwinan kini menjadi trend sehingga membuatkan bakal pengantin ‘rambang mata’ dan tidak tahu untuk memilih yang mana satu untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir.

Bukan itu sahaja, barang-barang doorgift untuk majlis perkahwinan ini juga boleh didapatkan dengan harga yang berpatutan di laman web membeli belah Shopee.

1. Butter Cookies

image is not available

Royal British Butter Cookies ini sesuai untuk dijadikan doorgift majlis perkahwinan kerana harganya yang murah iaitu RM1.80 dan packaging yang kecil. Anda boleh dapatkan di Shopee.

2. Coklat Jelly Beans

image is not available

Coklat Jelly Beans Mini ini boleh dijadikan doorgift majlis perkahwinan dengan harga yang murah RM0.35 di Shopee.

3. Mini Lollipops

image is not available

Mini lollipop Chupa Chups ini sangat cantik untu dijadikan doorgift dengan hiasan bouquet sesuai untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Boleh dapatkan di Shopee dengan harga Rm2.08.

4. Candies Cone

image is not available

Goodies Candies Cone ini sangat murah untuk dijadikan doorgift untuk majlis kahwin, tunang, aqiqah, ataupun harijadi dengan harga RM1.09 di Shopee.

5. Santan Mini

image is not available

Santan Kara Segitiga ini sangat bermanfaat untuk dijadikan pemberian buat tetamu yang hadir lebih-lebih lagi boleh digunakan untuk masakan. Boleh dapatkan di Shopee dengan harga RM1.14.

6. Pocket Perfume

image is not available

Pocket Perfume ini berharga RM1.96 (2ml) di Shopee dan merupakan original rejected perfume bersaiz kecil dan boleh dijadikan doorgift majlis perkahwinan.

7. Mini Popcorn

image is not available

Mini Popcorn ini didatangi dengan pelbagai perasa seperti caramel, extra caramel, dark chocolate, dan rainbow popcorn. Boleh dapatkan dengan harga RM1.85 di Shopee.

8. Hand Towel

image is not available

Tuala Beruang Comel ini berharga RM1.88 di Shopee dan boleh dijadikan sebagai door gift, hantaran kahwin, majlis tunang, atau hari jadi.

9. Mini Hand Sanitizer

image is not available

Mini Hand Sanitizer ini bersaiz travel dan senang untuk dimasukkan di dalam poket. Ianya juga pantas mengering dan boleh diberikan kepada tetamu yang hadir sebagai doorgift. Boleh dapatkan di Shopee dengan harga serendah RM0.99.

10. Macroon Ball

image is not available

Jika anda mempunyai buget yang lebih, anda boleh dapatkan Macaroon Ball Halal ini sebagai doorgift dengan harga RM2.25 setiap bungkusan di Shopee.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 minggu lalu

"Recommended!" - Dapat Hasilkan 'Daily Look', Ini Senarai 'Makeup' Mampu Milik Di Shopee