10 kakitangan HRD Corp dipanggil beri keterangan

11 Jul 2024 • 10:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 10 kakitangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis.

PUTRAJAYA - Seramai 10 kakitangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis.

Menurut sumber, enam daripadanya dipercayai sudah tiba dan masuk ke bangunan SPRM sekitar jam 10 pagi.

Kata sumber, empat lagi kakitangan HRD Corp akan tiba lewat.

Pihak media bagaimanapun gagal mengesan kenderaan membawa enam kakitangan HRD Corp yang hadir ke SPRM Putrajaya pada pagi Khamis.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan seramai 10 orang kakitangan HRD Corp dipanggil memberi keterangan di SPRM Putrajaya pada Khamis.

Beliau berkata, kesemuanya akan tiba di bangunan suruhanjaya itu bermula jam 10 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved