10 Lelaki Bangladesh Jadi ‘Doktor’, Tawar Perkhidmatan Rawat Pesakit Di Kedai Makan & Kedai Runcit

25 Jan 2025 • 5:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, 10 lelaki warga Bangladesh telah ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam serbuan klinik doktor warga asing di sembilan lokasi yang terletak di ibu negara.

Tawar perkhidmatan rawat pesakit Bangladesh

Hasil semakan awal mendapati seorang yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Sektor Perkhidmatan, enam orang memiliki PLKS Sektor Pembinaan, dua orang telah tinggal lebih masa manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan. – Ketua Pengarah Imigresen.

image is not available

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban lagi, modus operandi warga asing ini adalah menawarkan perkhidmatan rawatan buat pesakit melalui doktor Bangladesh tidak bertauliah dan hanya menawarkannya kepada warga Bangladesh sahaja.

Dilakukan di kedai makan & kedai runcit

Difahamkan, kegiatan ini berselindung di sebalik kedai makan serta kedai runcit, di mana ia memudahkan mereka untuk mengaburi pihak berkuasa.

image is not available

Ubat-ubatan yang dijual tidak berdaftar dan tanpa kelulusan KKM disyaki dibawa masuk oleh warga Bangladesh yang datang sebagai pelancong dengan bayaran sebanyak RM200 hingga RM500 setiap seorang.

Bahkan, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 hingga RM200 untuk setiap pelanggan dan kegiatan ini sudah berlangsung sejak dua tahun lalu.

image is not available 3 weeks ago

Tindakan Sekumpulan Pekerja Bangladesh Di Kelantan Berdoa Sebelum Mula Bekerja Raih Pujian Ramai