
Siapa cakap Sibu tak ada apa-apa, memang tak habis explore tu..
10 Makanan Foochow Wajib Cuba di Sibu – Takkan Dapat Di Tempat Lain. Kalau anda pernah dengar orang cakap “Sibu tak ada apa, cuma makanan je best,” percaya lah, itu betul. Sibu adalah syurga makanan Foochow yang takkan sama rasa kalau anda makan di tempat lain! Cina Foochow aka Fuzhou adalah komuniti dominan di sini, jadi kalau datang Sibu, makan Foochow food sampai puas!
Dari mee viral sampai ke sup masam pelik tapi sedap, ini 10 makanan Foochow yang anda WAJIB cuba kalau datang ke Sibu!

1️⃣ Kampua Mee – Makanan Ruji Orang Foochow
Anda ke Sibu tapi tak makan Kampua Mee? Keluar dari group chat sekarang. Mee Foochow ni lebih ringkas berbanding Kolok Mee tapi lagi membuatkan anda ketagih. Teksturnya lebih lembut, dihidang dengan minyak bawang putih dan hirisan char siew (atau ayam untuk versi halal). Boleh pilih versi kicap hitam atau putih.
Di mana nak cari?
- Yuan Ju Cafe
- Soon Hock Cafe & Restaurant, Jalan Wong Soon Kai
- Best Harvest Cafe (terkenal dengan Kampua Terbang!)
- Yong Ping Cafe
- Yuan Kee Kampua Stall @ Esan Cafe, Rejang Park
- Thomson Corner Pedada
- Gerai Kak Liza@Mem, Gold Hock Bridge Cafe (Belakang Shell JPJ) – versi Halal
- Encik Ali Kampua Melayu @ Happiness (2010) Nasi Ayam Cafe – versi Halal
- Kampua @ Star Cineplex – versi Halal

2️⃣ Zao Cai Hong Ngan – Sup Masam Dengan Mi Beras
Nama dia panjang tapi jangan takut. Ini adalah mee beras dalam sup sayur masam yang rasa macam syurga! Orang Foochow suka makan ni bila hujan atau bila tengah “lemau”. Pilihan protein termasuk ayam, ikan, atau udang besar.
Di mana nak cari?
- Lung Ching Cafe 龙井茶室, Jalan Lada (mesti cuba dan mesti datang awal sebab cepat habis)
- Tai Shan Lai (versi Foochow original)
- Yong Garden Restaurant (kuah masam dia ngam!)

3️⃣ Kompia – Bagel Foochow yang Legendary
Orang Foochow makan Kompia macam orang KL makan roti canai – wajib ada setiap hari. Kompia adalah roti pastry bulat yang boleh dimakan kosong atau berisi daging cincang, ayam, atau keju. Ada yang suka cicah kopi o – ni level Foochow sebenar.
Kompia terbaik di Sibu:
- Sheng Kee 63 Confectionery Kompia (paling OG, dah ada sejak tahun 1963), Muslim-friendly
- Huong Hiong (Sibu) Confectionery
- 小老板面馆 Little Bossku NH- Wong King Huo
- Fatt Bakery
- Tiong Hua Road Kompia (dihidang bersama kuah stu istimewa dan hirisan daging babi)
- Kedai Bukit Assek Ah Hua (gerai kompia pertama cipta kompia kuah rojak)

4️⃣ Bien Nuk Da – Wantan Foochow Berkuah
Kalau orang KL ada wantan mee, orang Sibu ada Bien Nuk Da – wantan tanpa mi tapi dalam kuah berminyak yang menyelerakan. Isi lazimnya diperbuat daripada daging babi cincang yang dicampur dengan daun bawang, kicap soya, sos tiram, minyak bijan, dan sedikit arak beras untuk menghasilkan inti ladu yang kaya rasa. Ia kemudian dibalut dengan kulit licin yang diperbuat daripada daging babi tanpa lemak dan pulut, diuli hingga nipis seperti kertas.
Dumpling ini biasanya direbus sebelum dimasukkan ke dalam sup atau dinikmati kering dengan taburan daun bawang. Biasanya dimakan bersama kampua. Memang cun bagi mereka yang mencari sarapan pagi yang savouri dan mengenyangkan selain karbohidrat.
Di mana nak cari?
- Yuan Ju Cafe
- Soon Hock Cafe & Restaurant, Jalan Wong Soon Kai
- Esan Cafe, Rejang Park Sibu

5️⃣ Red Wine Mee Sua – Mee Sua Sup Anggur Merah yang Rare
Foochow suka guna arak merah homemade dalam makanan, dan Mee Sua ni adalah signature dish mereka. Kuahnya merah sebab dimasak dengan arak beras Foochow, ayam, dan halia. Hidangan yang sempurna untuk hari hujan.
Di mana nak cari?
- Wan Jia He Cafe 万家合茶室
- June Cafe六月饮食坊
- 7 Night Cafe, Jalan Sena
- Oops Kopitiam, Jalan Keranji
- Jia Jia Lok Foodcourt
- Tou Nguoh Cafe, Jalan Bengkel
- One Cent Cafe, Jalan Wong Soon Kai

6️⃣ Ding Bian Hu – Sup Foochow yang Melekat Pada Kuali
Nama dia pelik, tapi teknik memasak dia lagi pelik – adunan tepung dicurah terus ke tepi kuali panas, bagi efek macam “melekat” sebelum ditarik masuk ke dalam sup seafood. Teksturnya macam kuetiau tapi lagi halus. Ding Bian Hu diperbuat daripada tepung beras segar yang dikisar halus, dimasak bersama sup berperisa dan dilengkapi dengan sotong, bebola ikan buatan tangan, cendawan telinga kera, serta daun bawang. Ia berbeza daripada Ding Bian Hu dari China kerana di Sibu, mereka memasaknya menggunakan lada putih.
Di Sibu, hidangan ini merupakan sarapan atau makan tengah hari klasik yang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian penduduk tempatan. Namun, hidangan ini diancam kepupusan kerana terlalu sedikit kedai yang menyediakan menu ini menggunakan teknik kuali yang asli.
Di mana nak cari?
- Treasure Land, Jalan Ling Kai Cheng
- Chop Hing Huong (kedai original di Sibu selama lebih 60 tahun namun telah menutup operasinya pada tahun 2024).

7️⃣ Chao Zhu Mien – Mee Foochow Goreng Basah
Mee Foochow ni dimasak dengan kicap hitam dalam kuah pekat, rupanya lebih kurang macam antara char kuey teow dan wat tan hor tapi versi Foochow. Rasa dia smoky!
Di mana nak cari?
- New Capitol Restaurant
- Sieng Hing Cafe
- One Cent Cafe, Jalan Wong Soon Kai

8️⃣ Chao Bai Guo Gan – Mee Foochow Dengan Biji Ginkgo
Ini rare. Mee Foochow stir-fry dengan biji ginkgo dan seafood. Bukan semua orang akan suka sebab biji ginkgo ada rasa pahit sikit, tapi kalau anda suka makanan unik, this is a must-try!
Di mana nak cari?
- Huang Chuang Cafe 歡泉茶室
- Yummy’s Cafe 18, Jalan Bako

9️⃣ Midin Foochow Style – Sayur Rare yang Hanya Ada di Sarawak
Midin ni adalah sayur paku liar yang sangat popular di Sarawak. Orang Foochow panggil “Milien” dan biasanya dimasak dengan arak merah Foochow berserta bawang putih atau kicap pekat Foochow.
Di mana nak cari?
- Mana-mana kedai seafood di Sibu

Bonus – Sarapan di Kopitiam Ler..
Nak rasa semua makanan Foochow ni? Pergi je mana-mana kopitiam di Sibu! Orang Sibu sarapan bukan dengan roti bakar, tapi dengan kampua, bien nuk dan kompia.
Sila Bawa Perut Kosong ke Sibu
Kalau anda merancang nak ke Sibu, datang dengan perut kosong sebab makanan Foochow di sini memang rare dan tak sama kalau makan di tempat lain.
Mana satu makanan yang paling anda nak cuba? Atau kalau anda orang Sibu, ada lagi yang anda nak tambah? Kongsikan di ruangan komen.
Ini antara mercu tanda di Sibu yang wajib untuk anda lawati



