10 Maut, 60 Cedera Dalam Kejadian Bumbung Gereja Runtuh Di Mexico

2 Oct 2023 • 5:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

10 Maut, 60 Cedera Dalam Kejadian Bumbung Gereja Runtuh Di Mexico

MEXICO CITY, 2 Okt (Bernama-Sputnik) — Angka kematian akibat runtuhan bumbung sebuah gereja di Mexico meningkat kepada 10 orang, manakala 60 lagi cedera, lapor Sputnik memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

“Kira-kira 10 maut dan 60 cedera, dengan dua daripada 23 yang dibawa ke hospital, cedera parah” menurut hantaran jabatan keselamatan wilayah di X.

Laporan sebelum ini menyatakan, sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan 10 lagi cedera akibat kejadian yang berlaku di bandar Ciudad Madero, Tamaulipas, Mexico.

Media Mexico melaporkan bahawa bumbung gereja itu runtuh pada awal pagi Isnin semasa upacara pembaptisan.

Jumlah sebenar orang yang berada di dalam bangunan itu tidak diketahui.

Kementerian keselamatan berkata kejadian itu dipercayai berlaku akibat “kegagalan struktur.”

Masjid di Sweden terbakar, dipercayai perbuatan khianat

Sebelum ini, media melaporkan sebuah masjid di tenggara Sweden telah musnah dijilat api selepas kebakaran disyaki dilakukan oleh suspek serangan pembakaran, lapor Middle East Eye.

Anas Deneche, pengarah komunikasi Masjid Besar di bandar Eskilstuna memberitahu pemberita bahawa dia percaya kebakaran pada Isnin lalu dilakukan dengan sengaja.

Beliau berkata, rekod polis menunjukkan masjid itu berdepan ancaman selama lebih setahun sebelum ia diserang pada Isnin lalu.

Deneche berkata, ibunya mendengar bunyi yang kuat sebelum kebakaran itu berlaku.

Polis berkata pada Selasa bahawa mereka tidak mempunyai suspek, tetapi kejadian itu sedang disiasat sebagai pembakaran secara sengaja.

Sumber: BERNAMA