10 negeri dijangka hujan lebat hingga malam ini!

2 Nov 2022 • 5:04 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan pada jam 3.40 petang meramalkan negeri berkenaan membabitkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah amaran dikeluarkan bagi daerah Baling dan tiga kawasan di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala di Kelantan membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu, ia membabitkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala, Pahang di Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Manakala, amaran sama dikeluarkan bagi Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, selain Negeri Sembilan.

Di Johor membabitkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi manakala bagi Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu (Sebauh) dan Limbang.

Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi Sabah iaitu Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved