10 Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

10 Sep 2025 • 9:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

10 Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala seluruh kawasan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan petang ini.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Sik dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara di Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

“Di Johor, daerah yang diramal hujan adalah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

“Beralih ke Sarawak, kawasan dijangka hujan seperti Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0m1KhGKGvDRCNB8RyfwdEUgjE5zGvh9ipY84aA28MAJZturh7qbznxBfZLFMAiM7Rl