10 Pelanggan Minta ‘Deposit’ Selepas Pereka Fesyen Buat Hijrah Kecil, Kurangkan Reka Baju Seksi

Women's Fashion
4 Aug 2022 • 12:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi, baru-baru ini berkongsi mengenai hijrah kecil yang dibuatnya selepas mendengar penjelasan daripada Ustazah Asma’ berkenaan hukum mereka baju seksi dan tidak menutup aurat.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Rico berkata dia sudah tak mengambil tempahan untuk baju yang tidak ada full lining.

Perubahan ini dilakukan secara perlahan dan tidak bermakna diskriminasi kepada pelanggan yang tidak berhijab.

Menerusi hantaran terbaru, pereka fesyen ini mengakui menerima ‘tamparan hebat’ apabila ramai pelanggan yang menempah baju telah membatalkan tempahan dan meminta duit deposit baju yang dianggarkan antara RM3,500-RM5,000 sehelai.

image is not available

Ujar Rico, dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi namun yakin rezeki perniagaannya bukanlah bergantung kepada manusia tetapi Allah S.W.T.

Tambah pemuda itu , dia hanya ingin mendapatkan keberkatan dalam segala urusan mencari makan dan cuba untuk istiqamah dalam melakukan penghijrahan ini.

Dalam pada itu, Rico juga mengharapkan doa dan sokongan orang ramai serta memohon mereka yang ingin membuat baju pengantin yang tidak seksi agar menghubunginya untuk sebarang tempahan.

Kredit: Rico Rinaldi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved