10 sekeluarga cemas van masuk gaung 50 meter

LocalTravel
28 Sep 2024 • 3:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: 10 sekeluarga dalam perjalanan untuk makan malam dengan menaiki van, menghadapi detik cemas apabila kenderaan itu terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 50 meter, dekat sini, malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku berhampiran penginapan Nickgold Resort Kundasang kira-kira jam 7.50 malam.

“Panggilan diterima pada jam 7.56 malam dan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Wasli Saupin bergegas ke lokasi. Setibanya di lokasi kejadian sejauh 20km, kami mendapati kemalangan berlaku membabitkan sebuah van jenis Urvan yang terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Terdapat sembilan mangsa cedera ringan dan seorang mangsa warga emas tersepit. Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menurut Ridwan, kesemua mangsa berusia antara empat hingga 68 tahun itu dihantar ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan EMRS dan ambulans.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada jam 9.50 malam,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu di daerah ini, terutama di jalan kampung yang sempit dan berselekoh.

“Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca hujan, selain jalan rosak atau kurang diselenggara. Sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya dan berikan kerjasama yang baik kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Lakukan pemanduan perlahan-lahan terutama ketika melalui jalan yang tidak rata. Pandulah dengan berhemah dan peka dengan keadaan sekeliling, kerana kita semua mahu selamat sampai ke destinasi dan bertemu keluarga tersayang,” jelasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article