10 Sekeluarga Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Kepala Air, Dua Mayat Dijumpai

3 Jul 2023 • 9:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tragedi kepala air yang melanda kawasan perkelahan di Kampung Air Puteh telah menyebabkan 10 orang hilang dah dikhuatiri menjadi mangsa lemas.

Sehingga artikel ini ditulis, dua daripada mangsa telah dijumpai dan disahkan maut dan operasi pencarian 8 lagi mangsa diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian tersebut dan semua mangsa dipercayai membabitkan sebuah keluarga.

Mayat pertama iaitu seorang wanita 40-an ditemui orang awam di sungai Kampung Pasir Gajah kira-kira 24 kilometer dari lokasi keluarga itu berkelah, sebelum dimaklumkan kepada polis.

Mayat kedua berusia kira-kira 20-an pula membabitkan seorang lelaki yang ditemui tersangkut pada pokok kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Polis memaklumkan bahawa kejadian kepala air itu merupakan punca tragedi berkenaan berdasarkan pakaian dan selipar yang ditemui di lokasi kejadian, memetik Berita Harian.

Polis juga menemui sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dan sebuah jenis motosikal jenis SYM di tempat kejadian milik mangsa terbabit.

Berdasarkan keadaan motosikal yang terbalik dan keadaan dalaman kereta yang basah kita percaya berlaku kejadian kepala air di situ.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Ambil Mahathir Sekali" - Doakan Kematian Haji Hadi & Tun M, PMX Gesa Individu Mohon Maaf Dengan Segera