10 Tahun Bekerja Tak Pernah Dibayar Gaji, Hanya Diberikan Tempat Tinggal & Makan Minum – Bekas Pekerja GISBH

LocalPolitics
18 Sep 2024 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selama 10 tahun bekerja dan berkhidmat untuk syarikat, dia tidak pernah menerima sebarang gaji atau bayaran yang setimpal.

Itu pendedahan bekas pekerja Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) menerusi satu temu bual baru-baru ini.

Dakwa individu itu, syarikat terbabit menggunakan sistem bayaran secara mingguan di mana dia hanya akan dibayar sekitar RM50 dan RM100.

image is not available

Bagaimanapun, bayaran itu hanya diterimanya sehingga tahun 2013 kerana bermula 2014 dia sudah mula bekerja sepenuh masa untuk GISBH namun tidak diberikan gaji.

Syarikat itu hanya menyediakan tempat tinggal selain makan dan minum sahaja untuk pekerjanya.

image is not available

image is not available

Dakwanya lagi, ada juga individu lain yang menerima nasib sama namun pekerja itu membuat keputusan untuk berhenti dan membawa kes tersebut ke mahkamah buruh.

image is not available

Pada 8 September, mahkamah memerintahkan pihak GISBH untuk membayar sebanyak RM23,100 kepada bekas pekerja terbabit sebagai sebahagian daripada tuntutan kes.

Terdahulu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, selepas siasatan dijalankan polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

image is not available 1 day ago

Isu GISBH: Sebahagian Kanak-Kanak Yang Diselamatkan Di ‘Bin’ Kan Abdullah