10 Tahun Kecemerlangan Hijrah Selangor: Siri Keempat

LocalBusiness & Finance
10 Jun 2025 • 4:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

10 Tahun Kecemerlangan Hijrah Selangor: Siri Keempat

SUNGAI BESAR, 10 Jun 2025 –Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) terus komited memperkasakan usahawan dan komuniti Selangor menerusi penganjuran Program Ibadah Korban Hijrah sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha di Sungai Besar, Selangor. Inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang disokong oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) ini bertujuan menyantuni golongan asnaf di samping memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat.

image is not available

Bertemakan “Komuniti Di Hati, Aidiladha Diberkati”, program ini dimulakan dengan ibadah sembelihan lembu dan kambing yang kemudiannya disusuli sesi gotong-royong yang melibatkan hampir 50 orang kakitangan Hijrah Selangor bersama komuniti setempat. Seramai 9 usahawan asnaf Hijrah Selangor menerima bahagian daging korban beserta sumbangan bakul makanan asas. Turut menerima sumbangan adalah 60 asnaf dari Kariah Masjid An-Nur, Sungai Haji Dorani, serta komuniti setempat.

image is not available

Program siri keempat daripada 10 siri acara ini telah disempurnakan oleh Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor yang diiringi oleh Dato’ Mearia Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor.

image is not available