100 asnaf keluar kepompong miskin, mampu bayar zakat

LocalBusiness & Finance
10 Sep 2026 • 7:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 100 asnaf keluar kepompong miskin, mampu bayar zakat

KOTA BHARU: Kira-kira 100 golongan asnaf melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) malah sebahagiannya sudah mampu membayar zakat hasil bimbi­ngan keusahawanan menerusi Program Kemahiran Preneur Hijrah sepanjang tempoh lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (MyREF), Mohd. Khairuddin Rais berkata, kejayaan itu melibatkan peserta dari Kelantan, Kedah, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Katanya, hasil bimbingan diberikan kepada peserta membolehkan mereka mencatat jualan yang memberangsangkan termasuk 2.5 peratus daripada peserta kini mempunyai pendapatan yang melayakkan mereka membayar zakat.

“Kami yang juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) be­kerjasama dengan setiap majlis daerah bermula 2020 untuk memilih golongan asnaf yang terlibat dalam perniagaan.

“Setiap asnaf diberikan tugasan berkaitan dengan bim­bingan bagi memperluas perniagaan mereka dan pada masa sama mengambil kira petunjuk prestasi utama (KPI),” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Graduasi sempena Program Kemahiran Preneur Hijrah di sini semalam anjuran RHB Islamic Bank Berhad dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Mohd. Khairuddin berkata, seramai 20 golongan asnaf dari setiap negeri menyertai program berkenaan bermula 2020.

Katanya, pemantauan lapangan terhadap peserta turut dilaksanakan bagi menilai perkembangan operasi, pengurusan perniagaan serta tahap aplikasi ilmu yang dipelajari.-UTUSAN.

The post 100 asnaf keluar kepompong miskin, mampu bayar zakat appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved