
SANDAKAN: Seramai 100 pasukan dari seluruh Sabah menyertai sukan elektronik (e-sukan) Piala Kejohanan DSN Libaran Mobile Legend Bang Bang 2025.
Kejohanan selama tiga hari bermula Jumaat yang diadakan di Aisyadelia Cottage tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir.
AdvertisementSuhaimi dalam ucapannya berkata, penggiat e-sukan di negeri Sabah berpotensi untuk menjadi pemain profesional sekiranya diberi platform dan peluang meluas.
“Kejohanan seperti sudah semestinya membuka peluang kepada penggiat e-sukan untuk bertanding secara sihat dan sekaligus dapat menonjolkan diri mereka.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Oleh yang demikian, saya sentiasa memberikan sokongan kepada penggiat e-sukan negeri kita khususnya Libaran untuk kita ketengahkan ke peringkat profesional,” katanya.
Sementara itu, pengerusi penganjur, Muhammad Firdaus Shaharom berkata, antara objektif penganjuran kejohanan tersebut adalah menyediakan platform untuk penggiat e-sukan menunjukkan bakat yang terpendam.
Advertisement“Kejohanan ini juga diadakan untuk meningkatkan industri dan pelapis untuk sukan elektronik di masa yang akan datang untuk dikenali.
“Penyertaan kali ni juga merupakan rekod baharu bagi e-sukan di negeri Sabah dengan penyertaan kira-kira 500 pemain dari 100 kumpulan yang bermain di satu tempat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Rekod ini menunjukkan e-sukan ini berjaya menarik penggiat datang berkampung di sini dan bertarung secara sihat,” katanya.
Difahamkan, penyertaan e-sukan tersebut telah berjaya menarik penggiat e-sukan daripada Kota Kinabalu, Tawau, Kinabatangan selain Sandakan.
Pemenang kejohanan yang akan dinobatkan pada perlawanan akhir hari ini (Ahad) akan menerima hadiah utama berupa wang tunai, trofi dan medal.


