100 pengunjung awal Selangor Agro Market DUN Bukit Melawati dapat kupon RM5

10 Mar 2023 • 5:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 10 MAC: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati yang ingin mendapatkan barangan segar dari ladang dipelawa ke Selangor Agro Market (SAM) di Balai Belia Bukit Kuching pada Ahad ini.

Jualan harga patut anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Melawati dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan MPKK Bukit Kuching itu bermula jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata antara yang dijual di SAM ialah barangan basah serta kering, pastri, sayur-sayuran, buah-buahan, anak pokok dan pelbagai jenis makanan.

“Pusat khidmat rakyat juga membuka kaunter pendaftaran inisiatif yang ditawarkan Kerajaan Negeri sementara Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) membuka kaunter semakan kesihatan,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Juwairiya lagi, 100 pengunjung terawal akan mendapat kupon beli-belah percuma bernilai RM5.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved