
TAWAU: Seramai 108 pendatang asing tanpa izin (PTI) ditahan dalam Ops Kutip/Mahir selepas 1,200 individu diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Semporna dan Kunak bermula 8.50 pagi Jumaat.
Ketua Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Salehah Habib Yussof berkata, 81 orang ditahan di Semporna, manakala 27 lagi ditahan di Kunak yang terdiri daripada 14 lelaki dan 13 wanita.
“Kesemua yang ditahan adalah 101 warga Filipina, China (enam) dan seorang warga Pakistan masing-masing berumur antara satu hingga 66 tahun. Mereka terdiri daripada 72 lelaki dan sembilan wanita,” katanya dalam sidang media di Depot Tahanan Imigresen Tawau.
Menurutnya, operasi itu yang menasarkan beberapa lokasi, termasuk kawasan tapak pembinaan di Jalan Seri Melor Semporna dan sekitar kawasan pekan Semporna dan Kunak, melibatkan 63 pegawai dari pejabat Imigresen Kota Kinablu, Lahad Datu dan Tawau.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Sitti Saleha berkata, PTI terbabit ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan, antaranya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal melebihi masa, penyalahgunaan pas serta membenarkan imigran haram masuk dan tinggal di premis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Peraturan 39(b) dan Seksyen 56(1)(d),”katanya.
Terdahulu, beliau berkata JIM Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Katanya, semua depot berkenaan masing-masing bakal menerima RM12.5 juta, membabitkan projek menaik taraf pagar untuk tujuan kawalan keselamatan.
“Projek akan bermula pada tahun ini secara berfasa dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun membabitkan semua blok tahanan, termasuk mewujudkan ruang rehat yang memenuhi standard hak asasi manusia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam),”katanya.
Menurutnya, kapasiti maksimum empat depot tahanan di Sabah iaitu 7,200 orang pada satu-satu masa masih mampu menampung jumlah tahanan ketika ini iaitu masing-masing 3,808 warga Filipina, Indonesia (741), China (lapan), Pakistan (21), Vietnam (19) dan tiada negara (11).
Ketika ini, katanya, berlaku kelewatan penghantaran pulang membabitkan tahanan warganegara Filipina kerana terdapat perubahan format membabitkan sistem di kedutaan negara itu yang mengakibatkan proses pengusiran tertangguh buat masa ini.
Dalam pada itu, JIM mengingatkan orang ramai dan majikan agar tidak melindungi PTI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat tentang PTI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan agar tampil menyalurkan maklumat tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
