11,000 hektar padi berisiko banjir, KADA aktifkan tujuh pam saliran

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 4:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 11,000 hektar padi berisiko banjir, KADA aktifkan tujuh pam saliran
Khalid (kanan) mengiringi Mohd Faizul (dua dari kanan) menyerahkan ikrar bebas rasuah kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

KOTA BHARU – Sebanyak 11,000 hektar tanaman padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berisiko terjejas akibat banjir mulai November ini susulan ramalan Monsun Timur Laut (MTL) di Kelantan.

Pengerusi KADA, Khalid Abd Samad berkata, pihaknya bagaimanapun mengambil langkah kesiapsiagaan awal bagi mengurangkan kesan banjir terhadap tanaman padi.

“Kami selenggara saliran supaya aliran air lancar dan pastikan semua pintu air beroperasi dalam keadaan baik.

“Tujuh pam saliran diaktifkan bagi memastikan apabila paras air sungai meningkat, air dapat dipam keluar dari kawasan sawah,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Intergriti 2026 dan Ikrar Bebas Rasuah Kada di Pejabat KADA Lundang, di sini pada Ahad.

Majlis dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Yuswan Yunus dan turut dihadiri Pengurus Besar Kada, Mohd Faizul Mustafa.

MTL 2026/2027 dijangka bermula Selasa ini dan akan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Ketika fasa awal MTL dari November ini hingga Januari tahun depan, tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan berkedudukan rendah.

Menurut Khalid, jadual penanaman dan penuaian padi turut disusun berdasarkan ramalan cuaca bagi membolehkan kerja menuai diselesaikan sebelum banjir melanda.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 14,000 hektar tanaman padi selesai dituai manakala 11,000 hektar berkenaan dijadualkan dituai pada awal November ini.

“Kami harap kerja menuai dapat diselesaikan sebelum berlakunya banjir,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved