11.11: Timbun banyak baucar OnePlus untuk diskaun lebih besar

Digital
9 Nov 2022 • 10:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

OnePlus memiliki banyak peminat dan semestinya menjadi impian mereka untuk memiliki peranti terbaru. Sempena Jualan Besar 11.11, OnePlus Malaysia menawarkan harga lebih murah untuk beberapa model telefon pintar.

Tawaran ini diberikan selama 3 hari, dari 11 hingga 13 November 2022 dan terdapat hanya di Stor OnePlus di Lazada dan Shopee sahaja. Malah, tawaran yang boleh dinikmati adalah berbeza mengikut platform.

OnePlus Malaysia menyenaraikan tiga peranti dalam tawaran kali ini iaitu OnePlus 10T 5G, OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. Peminat harus mendapatkan baucar untuk menikmati lebih banyak diskaun dan ia boleh ditimbunkan lebih daripada 1 baucar untuk diskaun lebih besar.

Berikut adalah harga promosi yang boleh dibeli oleh peminat menggunakan baucar terbanyak:

Shopee

  • OnePlus 10T 5G (16+256GB) – RM3,199 RM2,979
  • OnePlus Nord 2T 5G (8+128GB) – RM1,899 RM1,529
  • OnePlus Nord CE 2 Lite 5G (8+128GB) – RM1,199 RM989.10

Lazada

  • OnePlus 10T 5G (16+256GB) – RM3,199 RM2,724
  • OnePlus Nord 2T 5G (8+128GB) – RM1,899 RM1,439
  • OnePlus Nord CE 2 Lite 5G (8+128GB) – RM1,199 RM1,024

Bacaan Berkaitan