11,300 CR-V Terjual: Terajui Segmen SUV Saiz Pertengahan No 1 2024

LocalCars
7 Feb 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Honda Malaysia mengesahkan lebih 11,300 unit model Flagship generasi keenam, CR-V terjual sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai SUV saiz pertengahan Nombor 1 pada tahun lepas.

Model terbabit turut menyumbang 36% kepada pegangan pasaran selain merekodkan pertumbuhan sebanyak 40%dari tahun ke tahun dalam segmennya tersendiri.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura mengakui sejak CR-V dilancarkan pada Disember 2023, model ini menerima pasaran yang cukup kukuh.

image is not available

“CR-V adalah model terlaris ke-3 dalam barisan model Honda pada tahun lepas. Malah, pengenal varian 2.0L e:HEV RS juga menyumbang 20% kepada keseluruhan jualan CR-V.

image is not availableimage is not availableimage is not available

“Tidak ketinggalan segmen hibrid SUV Saiz Sederhana, 2.0L e:HEV RS juga menyumbang 87% kepada pegangan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, varian yang menggunakan petrol juga menunjukkan prestasi yang cukup baik memandangkan varian E adalah pilihan utama bagi kebanyakan pelanggannya yang menyumbang 40% kepada jualan CR-V.

image is not available

Bagi yang tidak tahu, CR-V hadir dalam 3 varian:

Varian S = RM159,900

Varian E = RM169,900

Varian V = RM181,900

Varian e:HEV RS = RM195,900

image is not available

Varian paling tinggi ini (RS) disumbat dengan trenkuasa hibrid iaitu 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 184 PS dan tork 335 Nm.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Bagi mereka yang mencari pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan, CR-V juga ditawarkan dengan enjin Turbo 1.5L VTEC yang menawarkan kuasa setakat 193PS dan tork 243Nm.

image is not availableimage is not available

image is not available

Untuk memastikan kestabilan yang dipertingkatkan, varian V didatangkan dengan Real canggih Masa AWD untuk membantu pemandu mengekalkan kawalan dalam keadaan jalan yang berbeza.

Seperti sedia maklum, CR-V juga dikatakan cukup terkenal dengan kabinnya yang luas dan selesa sehingga membuatkan ramai yang tertawan.

Jadi, bagi yang mahu memandu uji CR-V, anda boleh mengunjungi 104 pengedar sah Honda di seluruh Malaysia atau layari honda.com.my.