11 lelaki ditahan kes gaduh di pasar

17 Nov 2026 • 12:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 11 lelaki ditahan kes gaduh di pasar

SANDAKAN – 11 lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki di Pasar Bandar Ramai-Ramai, di sini, malam tadi.

Semua suspek berusia antara 15 hingga 46 tahun itu membabitkan lima warga tempatan dan enam warga Filipina yang ditahan susulan kejadian berkenaan.

Video pergaduhan itu turut tersebar menerusi media sosial sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan pergaduhan yang dipercayai membabitkan penggunaan senjata tajam menerusi talian kecemasan kira-kira pukul 7.36 malam.

Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bertindak menahan semua suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara dua kumpulan.

“Perselisihan faham itu kemudian berlarutan sehingga mencetuskan satu lagi pergaduhan pada sebelah malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

George berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

 

The post 11 lelaki ditahan kes gaduh di pasar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved