11 maut, bumbung gimnasium sekolah di China runtuh

24 Jul 2023 • 4:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BEIJING: Seramai 11 orang maut apabila bumbung sebuah gimnasium sekolah di timur laut China runtuh, lapor Sputnik memetik China Central Television (CCTV).

Bumbung sebuah gimnasium di sebuah sekolah menengah di bandar Qiqihar di China, yang terletak di Wilayah Heilongjiang, runtuh pada Ahad, dipercayai ketika sesi latihan pasukan bola tampar wanita memerangkap 10 orang mangsa.

CCTV pada Isnin melaporkan terdapat sejumlah 19 orang di dalam gimnasium semasa kejadian dengan empat orang dapat menyelamatkan diri.

Setakat awal pagi Isnin, seramai 14 orang berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan, empat daripadanya telah meninggal dunia, manakala enam lagi maut ketika mendapatkan bantuan perubatan.

Mayat mangsa terakhir ditemukan pada 0200 GMT pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban seramai 11 orang.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. -Bernama