11 Negeri Diramal Alami Hujan Lebat, Ribut Petir - METMalaysia

29 Jun 2023 • 4:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
11 negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir dan angin kencang hingga 7 malam ini. - Gambar oleh Alif Omar

KUALA LUMPUR - Sebelas negeri diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi (METMalaysia) berkata, negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut beliau, empat daerah di Kedah yang dijangka terlibat ialah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Kelantan, fenomena ini dijangka melanda Gua Musang, manakala di Terengganu, ia diramalkan berlaku di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Bagi negeri Pahang pula, ia melibatkan daerah Cameron Highland, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin,” katanya.

Sementara itu, tiga daerah di Selangor diramalkan turut terkesan iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat manakala di Negeri Sembilan, ia melibatkan daerah Jelehu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol.

“Untuk negeri Johor, hujan lebat ini dijangka melanda daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, manakala di Sarawak, ia berkemungkinan besar berlaku di Kanowit, Selangau, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Bagi Sabah, ia dijangka berlaku di pedalaman iaitu di Sipitang, Beaufort dan Tambunan,” katanya.

Cuaca sama tambah beliau, juga dijangka melanda Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Menurut jurucakap itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. - Getaran, 29 Jun 2023