11 Nov sebutan kes rasuah penjawat awam, pesara

20 Sep 2023 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Mahkamah menetapkan 11 Nov ini untuk sebutan lanjut kes membabitkan seorang penjawat awam dan seorang pesara yang didakwa menerima rasuah serta bersubahat menerima rasuah membabitkan jumlah RM780,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menetapkan tarikh Zulfikar Khomeini Asli, 44, dan Mat Salleh @ Awang Sapong, 67, apabila kes mereka dikemukakan untuk sebutan.

Mereka pada 23 Mei tahun ini secara berasingan meminta dibicarakan bagi 34 pertuduhan terhadap mereka.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-34, Zulfikar yang kini merupakan Juruaudit di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, didakwa menerima suapan yang didakwa diterimanya melalui cek daripada Kilang Sawit Bell Sdn Bhd sebelum wang itu dipindahkan ke akaun dua syarikat atas nama Syarikat Lihot Construction milik ibu Zulfikar, dan Syarikat Sri Atussin Enterprise milik adik lelakinya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Pertuduhan menyatakan bahawa rasuah itu diberikan sebagai dorongan kepada Zulfikar yang ketika itu merupakan seorang juruaudit di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, untuk tidak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kilang Sawit Bell Sdn Bhd berhubung pemalsuan penyata cukai jualan negeri (Borang 4) Kementerian Kewangan Negeri Sabah bagi Mei 2014 hingga Oktober 2015.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 24 Julai 2014 dan 24 Nov 2015 di Malayan Banking Berhad cawangan Sipitang.

Kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menerima suapan itu, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau sehingga RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mat Salleh yang merupakan pembantu tadbir di Unit Cukai Jualan Negeri pada waktu itu, bagi pertuduhan pertama hingga ke-34, didakwa bersubahat dengan Zulfikar untuk menerima suapan itu untuk tujuan, di tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan terhadap Mat Salleh didakwa di bawah Seksyen 28(1)(c) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 17(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali rasuah terbabit, atau sehingga RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan supaya ikat jamin mereka dilanjutkan sementara menunggu kes mereka selesai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.