11 Pelajar Tasik Biru Terima Insentif Pendidikan RM3,900 Sebagai Galakan Sambung Pengajian

26 May 2025 • 10:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sumbangan Pendidikan One-Off Ringankan Beban Pelajar Baharu IPT

11 Pelajar Tasik Biru Terima Insentif Pendidikan RM3,900 Sebagai Galakan Sambung Pengajian. Ada berita gembira untuk pelajar dari kawasan Tasik Biru! Seramai 11 orang pelajar yang sedang melanjutkan pengajian tinggi menerima insentif pendidikan berjumlah RM3,900 secara keseluruhan.

Bukan sekadar jumlah, tapi niat di sebalik pemberian ini lebih bermakna — ia diberikan sebagai satu bentuk galakan dan sokongan buat mereka yang baru nak mula langkah dalam dunia akademik.

image is not available
11 Pelajar Tasik Biru Terima Insentif Pendidikan RM3,900 Sebagai Galakan Sambung Pengajian.
Gambar sekadar ilustrasi.

“Bukan banyak, tapi cukup untuk bantu mula langkah pertama”

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Dato Henry Harry Jinep, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN Tasik Biru, berkata insentif ini adalah ‘one-off’ — maksudnya diberikan sekali sahaja — sebagai duit poket permulaan buat pelajar yang akan menyambung pelajaran di pelbagai institusi pengajian tinggi.

“Ia untuk kurangkan beban awal dan jadi pemangkin kepada kejayaan mereka nanti,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Tapi tunggu, bukan itu je…

Dato Henry juga sempat berpesan kepada rakyat Sarawak yang bakal menyambut perayaan Gawai Dayak tidak lama lagi. Beliau menekankan kepentingan untuk kekal berwaspada, khususnya ketika menggunakan pengangkutan air.

Antara nasihat beliau:

  • Pakai jaket keselamatan.
  • Jangan naik bot atau tongkang yang dah terlebih muatan.

Selain itu, pengguna Lebuhraya Pan Borneo juga diingatkan supaya berhati-hati, terutama apabila menghampiri kawasan pusingan P (P-turn) yang terkenal dengan kenderaan perlahan di lorong kanan.

Juga sempat bantu keluarga memerlukan

Sebelum itu, Dato Henry turut hadir dalam Program Jualan Bergerak Rahmah Madani, di mana beliau mengagihkan bakul makanan kepada 120 penerima daripada 15 kampung sekitar kawasan Singai.

Nak belajar tinggi-tinggi bukan senang, tapi dengan sokongan macam ni — sekecil mana pun — ianya sangat bermakna. Semoga pelajar-pelajar Tasik Biru terus berjaya dan jadi kebanggaan kampung halaman.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan insentif untuk pelajar Sarawak: