
Kota Kinabalu: Sebelas pemain Sabah dengan 10 wanita dan seorang lelaki dipanggil oleh Ragbi Malaysia untuk ujian pemilihan fasa satu yang akan dijalankan di Padang Utama, Petaling Jaya dan Universiti Putra Malaysia.
Ia bagi memilih pemain untuk mewakili negara dalam Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia 2022 yang bakal diadakan dengan tiga pusingan di Thailand, Korea dan UAE pada Oktober dan November ini.
Presiden Kesatuan Ragbi Sabah (SRU) Vella Tan (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata mereka amat berbangga dengan pemain yang disenarai pendek.


