11 penyokong bola sepak Jerman ditahan di Itali

Football
9 Nov 2023 • 10:16 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ROM: Keganasan meletus dalam kalangan penyokong bola sepak sebelum perlawanan Liga Juara-Juara UEFA antara SSC Napoli dan FC Union Berlin pada Rabu malam, mengakibatkan 11 penyokong Berlin ditahan.

Ketua Polis Naples Maurizio Agricola pada Rabu berkata kira-kira 300 peminat Union Berlin bertindak merosakkan kereta dan kedai sekitar Piazza Dante Naples, membawa kepada penahanan 10 daripada 11 penyokong pasukan dari Jerman itu kerana merosakkan harta benda.

Dalam kejadian berasingan, seorang lagi penyokong Union Berlin ditahan kerana menyerang anggota polis dan enggan memberi kerjasama semasa pemeriksaan polis.

“Matlamat peminat Jerman adalah untuk cuba bertempur dengan penyokong Napoli. Bagaimanapun, polis berjaya menghalang kedua-dua pihak daripada bertembung,“ kata Agricola pada sidang media lapor Xinhua.

Polis juga meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar Stadium Diego Armando Maradona di Naples menjelang perlawanan dan di dalam stadium.

Polis berkata, tiada tangkapan terhadap penyokong Napoli kerana kebanyakan tindakan agresif datang daripada penyokong pasukan pelawat.

Kedua-dua liga bola sepak Itali dan Jerman mempunyai sejarah pertembungan ganas melibatkan penyokong. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved