“11 Tahun Yang Indah” – Noh Salleh Mengaku Dah Berpisah Dengan Mizz Nina

4 Aug 2022 • 9:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hari ini kecoh diperkatakan mengenai berita penceraian pasangan popular Noh Salleh dan Mizz Nina. Menerusi laporan Harian Metro, pasangan itu dikatakan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam. 

Menjawab kepada spekulasi itu, vokalis kumpulan Hujan ini menerusi satu hantaran di Instagram mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, selepas 11 tahun jatuh bangun bersama, dia dan isteri mengambil keputusan untuk berpisah.

Noh berkata, dia bersyukur Allah SWT telah memberi peluang kepada mereka untuk meluangkan hidup bersama-sama selama lebih 10 tahun itu.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, mereka masih lagi berkawan baik dan mendoakan yang terbaik.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka selama ini.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pagi Yang Gelap ini berharap orang ramai dapat mendoakan perkara yang baik-baik terutamanya dalam waktu idah ini. Dia turut menghargainya sekiranya peminat dapat menghormati privasi mereka.

Kredit: Instagram Noh Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved