
SEMPORNA: Jabatan Imigresen Sabah menahan 11 lelaki warga Pakistan dalam satu operasi di sekitar daerah ini, malam Rabu.
Operasi dinamakan Ops Sapu itu diketuai Unit Penguatkuasaan Imigresen Semporna dengan 12 anggota penguat kuasa dan dijalankan dari jam 11 malam hingga jam 3 pagi.
Pengarah Imigresen Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi tersebut dijalankan hasil risikan jabatan serta maklumat awam.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau berkata daripada 13 individu yang diperiksa, 11 lelaki warga Pakistan ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah serta Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.
“Siasatan awal mendapati ada antara mereka mendakwa memiliki Pas Jaminan Pasangan, manakala seorang lagi memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk bekerja di Kota Kinabalu.
“Namun begitu, kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dilakukan,” katanya sambil memaklumkan bahawa kesemua tahanan dibawa ke Depoh Imigresen Tawau untuk dokumentasi dan siasatan lanjut.
Dalam pada itu, jabatan berkenaan menegaskan komitmen berterusan mereka dalam penguatkuasaan bagi membanteras kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) di negeri ini.
Orang ramai juga diseru untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan kewujudan warga asing tanpa dokumen atau majikan yang menggaji mereka.
Beliau menambah, operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi mengesan, menahan, mendakwa dan menghantar pulang warga asing yang melanggar undang-undang negara.

