113 pendakwah bantu saudara baharu

3 Oct 2023 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad Rizam (tiga dari kiri) melakukan pelepasan kenderaan sempena Majlis Pelepasan Sumbangan Bantuan Bakul Makanan Kepada Orang Asli di Pos Bihai dan Belatim pada Selasa.

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) meneruskan usaha dakwah di negeri ini melalui 113 pendakwahnya.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sehingga kini seramai 47 penggerak masyarakat Orang Asli daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), 56 guru agama Orang Asli Maik, tujuh mualim dan tiga daie dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia bergerak memastikan usaha dakwah dapat dilaksanakan.

Beliau memberitahu, Unit Dakwah Maik merancang dan melaksanakan program serta aktiviti kepada saudara baharu khususnya Orang Asli.

"Mereka menyediakan kelas fardu ain mingguan melibatkan lima kawasan iaitu Pos Hendrop, Pos Tuel, RPS Kuala Betis, Pos Brooke dan Pos Sungai Rual," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Sumbangan Bantuan Bakul Makanan Kepada Orang Asli di Pos Bihai dan Belatim di sini pada Selasa.

Mohamad Rizam menambah, setakat ini Maik membelanjakan kira-kira RM5 juta bagi pelaksanaan program dan aktiviti dakwah termasuk program sumbangan dan bantuan kepada saudara baharu.

"Selain itu Maik turut melaksanakan pemantapan dakwah kepada Daie Orang Asli, program Ihya Ramadan dengan kerjasama Penggerak Masyarakat Orang Asli Kelantan dan program Maal Hijrah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved