
Kota Kinabalu: Sebanyak 118 kampung dari tujuh mukim di Tambunan menerima sumbangan kewangan daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) sempena Kaamatan.
Sumbangan disampaikan oleh penaja Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Dato Victor P Paut kepada pemimpin mukim masing-masing di pejabatnya di Kepayan Ridge, di sini, pada Isnin.
Victor turut menyumbang komputer riba dan mesin pencetak untuk kegunaan pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Lintuhun Tambunan.
“Sumbangan berkenaan bertujuan untuk membantu menjayakan program Kaamatan yang bakal dianjurkan oleh tujuh mukim berkenaan.
“Kita sedia maklum penganjuran sesuatu program kebudayaam atau kemasyarakatan memerlukam perbelanjaan yang agak tinggi.
“Sehubungan itu, diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kekangan yang dihadapi mereka,” katanya.
Victor berkata, sumbangan itu merupakan komitmennya untuk membantu dan memastikan program kebudayaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
“Ia selari dengan perjuangan dan hala tuju kerajaan hari ini yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membela rakyat,” katanya.
Hadir sama, pengerusi Kaamatan tujuh mukim tersebut iaitu Larry
Robert Okou (Mukim Lintuhun), Stepenie Lazarus (Mukim Nambayan), Cyril Stephen (Mukim Toboh), Boniface G. Mool (Mukim Patau), Jaikoh Gabi
(Mukim Sunsuron), Angeline Edwin (Mukim Monsorulung) dan Iqbal
(Mukim Kirokot), selain Victor James Ampang (mewakili pengerusi JPKK Kg Lintuhun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
