119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia

3 Jun 2023 • 9:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

TNI AL dalam satu kenyataan memaklumkan semua kru KRI Teluk Hading-538 dipindahkan ke kapal penunda, TB Bahtera Zalfa yang kebetulan melintas ketika kejadian.

Bahagian tengah kapal perang jenis Frosch I 108 itu dilaporkan terbakar sekitar 2.15 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi.

Punca dan kronologi kebakaran kapal malang itu masih dalam siasatan manakala tiada laporan mengenai kecedaraan kru setakat ini.

“KRI Teluk Hading-538 ditunda menuju ke daratan terdekat untuk pemeriksaan,” menurut TNI AL.-Bernama