12.12: Poco F4 GT dijual paling murah tahun ini hanya satu hari

Digital
11 Dec 2022 • 8:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jenama Poco sudah sekian lama terkenal sebagai produk yang sangat berbaloi kerana harga yang murah dan perkakas berkuasa. Sempena Jualan Mega 12.12, Poco akan menurunkan lagi harga produk mereka yang sedia murah.

Promosi ini terdapat di Stor Poco di Lazada dan Shopee, khas pada 12 Disember sahaja. Senarai produk yang terlibat adalah:

  • Poco M4 (4GB+64GB) – RM699 RM659
  • Poco M4 (6GB+128GB) – RM899 RM759
  • Poco M4 Pro (8GB+256GB) – RM1,099 RM699
  • Poco X4 GT (8GB+128GB) – RM1,499 RM1,299
  • Poco X4 GT (8GB+256GB) – RM1,599 RM1,459
  • Poco F4 (6GB+128GB) – RM1,599 RM1,299
  • Poco F4 (8GB+256GB) – RM1,699 RM1,599
  • Poco F4 GT (8GB+128GB) – RM2,299 RM1,699
  • Poco F4 GT (12GB+256GB) – RM2,499 RM1,999

Poco juga ada memberi baucar bernilai RM20 (pembelian minium RM500) dan RM50 (pembelian minimum RM1,000) yang boleh dikumpul sekarang. Semua tawaran ini disediakan sementara stok masih ada.