12.12: Telefon Xiaomi serendah RM339 hanya pada 12 Disember

Digital
11 Dec 2022 • 8:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Promosi 12 Disember dilihat sebagai tawaran paling hebat sepanjang tahun kerana ia adalah jualan tarikh berganda terakhir untuk tahun ini. Ia juga menjadi tempat untuk jenama membuang harga supaya simpanan stok lama boleh dihabiskan, untuk memberi ruang kemasukan model baru yang akan dilancar tahun hadapan.

Untuk Xiaomi, mereka menawarkan potongan harga sehingga RM400 untuk pelbagai produk mereka. Antara yang termasuk dalam promosi ini adalah telefon Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro 5G, Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 series, Xiaomi Watch S1 dan banyak lagi.

Selain itu, Xiaomi juga menyediakan baucar bernilai sehingga RM80 (dengan pembelian minium) dan hadiah percuma untuk pembelian terpilih. Jualan 12.12 ini boleh didapati pada 12 Disember, di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee sahaja.

Berikut adalah senarai produk yang termasuk dalam promosi 12.12:

  • Redmi 9A (2GB+32GB) – RM369 RM339
  • Redmi 9C (3GB+64GB) – RM479 RM369
  • Redmi Note 11 (4GB+128GB) – RM799 RM659 + PERCUMA Redmi Buds 3
  • Redmi Note 11 Pro 5G (6GB+128GB) – RM1,199 RM949 + PERCUMA Wi-Fi Range Extender Pro

  • Redmi Buds 3 Lite – RM99 RM79
  • Redmi Buds 3 – RM139 RM119
  • Redmi Buds 3 Pro – RM299 RM199
  • Redmi Watch 2 Lite – RM249 RM199
  • Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 – RM1,099 RM699
  • Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Lite – RM799 RM599
  • Xiaomi Robot Vacuum-Mop 2 Pro – RM1,499 RM1,199
  • Xiaomi Smart Band 7 – RM199 RM179
  • Xiaomi Smart Air Purifier 4 – RM799 RM649
  • Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro – RM1,099 RM899
  • Xiaomi Band 7 Pro – RM299 RM279
  • Xiaomi Watch S1 – RM899 RM699 + PERCUMA Redmi Buds 3 Pro
  • Xiaomi 360° Home Security Camera 1080P – RM159 RM99
  • Xiaomi 360° Home Security Camera 2K – RM189 RM169