
Kota Kinabalu: Seramai 12,514 pelajar Tingkatan Enam di Sabah menerima inisiatif PerantiSiswa sejak 2022, kata Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
“Inisiatif PerantiSiswa di bawah Bajet 2022 diterajui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) tidak terlibat secara langsung dalam menguruskan pengagihan peranti pelajar. Di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penerima PerantiSiswa adalah antara pelajar Tingkatan Enam yang layak,” katanya.
Mohd Arifin berkata pengedaran PerantiSiswa bermula pada 2022, dan dari 2023 hingga Mac 2024, tiada pengedaran baharu dibuat.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Setakat ini belum dapat dipastikan bila PerantiSiswa ini akan diberikan semula dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam khususnya di Sabah,” katanya ketika menjawab soalan Adun Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambakong.
Jaujan bertanya sejauh mana pelaksanaan program PerantiSiswa dan kriteria kelayakan pelajar menerima peranti tersebut.
Mohd Arifin berkata, Kerajaan Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) turut melaksanakan Inisiatif Bantuan Ihsan Komputer (Baik) kepada seramai 560 pelajar IPT (Institusi Pengajian Tinggi) pada 2022 dan 740 pelajar IPT pada 2023.
“Bantuan ini bertujuan membantu pelajar yang memerlukan pembelajaran.
“Antara kriteria kelayakan pelajar menerima bantuan Baik ialah pelajar IPT mestilah anak jati Sabah dan memerlukan komputer riba untuk tujuan pembelajaran; satu komputer riba setiap ketua isi rumah sahaja; ibu bapa atau penjaga pelajar mestilah daripada kumpulan e-Kasih; dan pemohon mesti memberikan kewajaran keperluan komputer riba,” katanya.
Menjawab soalan tambahan daripada Adun Sebatik Datuk Hassan A Gani Pg Amir, Mohd Arifin berkata pelajar Sabah yang menetap di Semenanjung Malaysia juga layak menerima inisiatif Baik dan kriterianya adalah sama.
Beliau berkata pelajar Sabah yang menerima inisiatif ini melibatkan 70 institusi di seluruh negara.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
