Seramai 12 anggota polis, termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ditahan kerana disyaki melakukan rompakan melibatkan kripto bernilai sekitar RM200,000 pada 5 Februari lalu. Suspek melakukan operasi anti penipuan Op Taring dan telah menahan 8 orang warga China di sebuah rumah di Kajang.

Warga China yang ditahan mendakwa mereka diugut akan ditahan atau dikenakan tindakan imigresen. Anggota polis didakwa menuntut RM400,000 untuk “melepaskan” mereka sebelum bersetuju menerima USDT 50,000 (~RM 195,000) ke dompet kripto yang mereka berikan. Polis hanya beredar selepas transaksi disahkan. Selepas memeriksa peranti dan pasport, tiada bukti jenayah ditemui.
Anggota polis yang ditahan adalah seorang berpangkat ASP, seorang inspektor, seorang serjan, enam koperal, dua lans koperal dan satu konstabel berusia antara 24 dan 47 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan). Reman telah diluluskan oleh mahkamah sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan.

