12 individu direman empat hari kes rusuhan di Pasar Awam Melor

LocalPolitics
27 Dec 2025 • 8:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis Kota Bharu reman 12 individu selama empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan dan rusuhan di Pasar Awam Melor

KOTA BHARU: Seramai 12 individu direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan dan rusuhan di Pasar Awam Melor.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata perintah tahanan reman terhadap lima lelaki dan tujuh wanita itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Tahanan reman itu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, polis menahan kesemua suspek bagi membantu siasatan berhubung kes itu.