12 Kali Pengsan Sebulan, Hyuna Menangis Kongsi Kesukaran Perlu Diet

Entertainment
8 May 2024 • 2:26 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan senang kan nak jadi idola kerana ada pelbagai cabaran yang perlu dilalui..

Baru-baru ini, Hyun-a telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “Point of Omniscient Interfere”, di mana wanita itu mendedahkan rumahnya buat kali pertama kepada penonton.

Dalam siaran itu, wanita tersebut ada juga berkongsi bahawa dia pernah melakukan diet yang melampau ketika aktif sebagai idola. Luahnya,

Saya pernah makan sangat sedikit. Ada kalanya saya pernah tak makan selama seminggu dan mengalami neuritis periferal. Saya akan pengsan selepas bertahan hanya dengan makan sekeping kimbap. Saya pengsan sampai 12 kali dalam sebulan.

image is not available

Menyesal kerana pernah bertindak drastik seperti itu, Hyun-a memberikan nasihat,

Kekal sihat dan jangan jatuh sakit seperti saya.

Ingat korang, nak diet kena dengan cara yang betul tau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.