12 laporan polis untuk siasat dalang 'Langkah Dubai'

Politics
8 Jan 2024 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shamsul ketika ditemui pemberita di hadapan IPD Putrajaya di sini pada Isnin.

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 laporan polis dibuat serentak di seluruh negara bagi menggesa siasatan terhadap dalang gerakan 'Langkah Dubai' bagi menjatuhkan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Kanan kepada Anwar, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan polis tersebut juga sekali gus untuk menamatkan spekulasi yang boleh mencetuskan keresahan rakyat dan memberi kesan terhadap keyakinan para pelabur.

"Gerakan ini jelas satu tindakan tidak bertanggungjawab yang bukan hanya mengganggu gugat sistem demokrasi berparlimen, malah sia-sia kerana Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan menghalang sebarang usaha menukar Perdana Menteri dan kerajaan di pertengahan pentadbiran," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL