12 lelaki ditahan, bergaduh di restoran ketika tonton final Piala Dunia

LocalFootball
20 Jul 2026 • 4:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: 12 lelaki ditahan, bergaduh di restoran ketika tonton final Piala Dunia

KUALA LUMPUR - Seramai 12 lelaki ditahan bagi membantu siasatan susulan kejadian pergaduhan ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia, di sebuah restoran di Taman Daya, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 38 tahun dan ditangkap di Taman Setia Indah, Johor Bahru, antara jam 10 pagi hingga 11 pagi tadi.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai pergaduhan itu pada jam 5.40 pagi dan pada masa sama mengesan satu klip video tular berhubung pergaduhan tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun ‘Lion Wong’ dalam kumpulan Facebook ‘Kita Orang Pahang’.

Semua suspek, katanya, ditahan dalam satu operasi khas antara pukul 10 hingga 11 pagi tadi oleh pasukan Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

“Semakan rekod mendapati tiga daripada 12 suspek mempunyai rekod jenayah dan permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru esok mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

"Setakat ini, motif atau punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan," katanya, lapor media.

Beliau memberitahu, permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru esok mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Kes berkenaan, ujarnya kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu tular klip video di media sosial mengenai pergaduhan yang berlaku sejurus perlawanan bola sepak Piala Dunia 2026 awal pagi tadi, yang menyaksikan Sepanyol menewaskan Argentina 1-0.

Susulan itu, ruangan komen dipenuhi dengan sindiran, kemarahan dan kekecewaan kerana ada antara penyokong yang tidak matang, selain tindakan agresif membaling kerusi di restoran tersebut. - 20 Julai, 2026

The post 12 lelaki ditahan, bergaduh di restoran ketika tonton final Piala Dunia appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved