12 Rakyat Palestin Terbunuh Selepas Israel Serang & Kepung Hospital Indonesia Di Gaza

21 Nov 2023 • 10:05 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Serangan tentera Israel terhadap Palestin terus mendapat perhatian dunia apabila rejim Zionis itu tanpa henti menyerang wilayah Semenanjung Gaza sehingga meragut puluhan ribu nyawa orang awam termasuk kanak-kanak.

Lebih parah lagi, apabila penjajah terbabit dengan sesukati mengebom kawasan perlindungan penduduk Gaza seperti di hospital, sekolah, kem pelarian dan banyak lagi.

Hospital Indonesia di Gaza dikepung kereta kebal Israel

Terbaharu, Hospital Indonesia di Gaza pula menjadi sasaran Israel selepas kereta kebal milik mereka mengepung pusat perubatan berkenaan sejak semalam (20 November) menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, keadaan di Hospital Indonesia pada ketika ini seakan dilanda ‘malapetaka’.

“Kami bimbang tentera Israel akan mengulangi apa yang mereka lakukan di Hospital al-Shifa,” katanya.

Tindakan Israel menyerang Hospital Indonesia yang masih menerima banyak pesakit itu menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah Semenanjung Gaza bertambah buruk.

Kakitangan Hospital Indonesia tidak akan tinggalkan tempat tersebut

Sementara itu, kakitangan hospital berkenaan pula menyatakan mereka akan terus tinggal di situ untuk merawat pesakit yang cedera.

Untuk info, terdapat kira-kira 700 orang, termasuk kakitangan perubatan dan mangsa yang cedera masih berada di dalam hospital terbabit.

Menteri Luar Indonesia kutuk sekeras-kerasnya serangan terbabit

Dalam pada itu, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi turut mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penceroboh Israel terhadap Hospital Indonesia.

Beliau juga menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pengganas Israel itu jelas melanggar undang-undang kemanusiaan.

“Semua negara, terutama yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, mesti menggunakan semua pengaruh dan keupayaan mereka untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan:

Source: