12 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

3 Feb 2023 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Sebanyak 12 rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kg Jawa, Jalan Guru sekitar jam 12.30 tengah hari, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, 20 pegawai termasuk anggota bersama dua jentera dan tiga utiliti dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 12.38 tengah hari menerusi MERS999.

Pihaknya turut mendapat bantuan daripada pasukan Bomba Komuniti Kg Titingan, polis, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air.

Menurutnya, komender operasi, Rastam Keladi melaporkan kebakaran itu membabitkan keluasan keseluruhan satu hektar atau 25 x 30 kaki persegi bagi setiap rumah.

Pihaknya dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak pada jam 1.56 petang dan operasi pemadaman bara api masih lagi dijalankan ketika laporan ini ditulis.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Sementara itu orang awam bekerjasama membantu penduduk menyelamatkan barangan daripada terbakar, termasuklah pelajar-pelajar sekolah SMK Tawau yang masih berpakaian seragam sekolah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.